Wednesday, April 10, 2013

Bina menara tinggi dengan blocks Imagination Discovery

Maskot BMKC Zawanah - Baby Raniah Zawanah
Baby Zarif
Taska Zawanah memperkenalkan blok-blok kayu interaktif pelbagai guna dari Imagination Discovery. Ia mengandungi 75 blok warna warni yang tahan lasak dan selamat digunakan oleh kanak-kanak seawal 6 bulan ke atas. Saiznya yang besar memastikan anak kecil tidak akan tercekik atau tertelan.

Maskot kami Raniah Zawanah amat menyukai permainan ini, Raniah akan menyusun blok satu persatu tinggi-tinggi sehinggalah ia jatuh, dia akan gelak tepuk tangan dan mula membina semula menaranya

Kegunaan blok ini adalah untuk:
  1. Kemahiran keseimbangan
  2. Kemahiran mata dan tangan
  3. Pengenalan warna, kuning merah oren hijau biru dan coklat
  4. Pengenalan bentuk yang pelbagai, cube, rectangular, circle dan triangle
  5. dan pelbagai penggunaan yang lain