Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Pendaftaran 2014 Taska MamaZue

Taska MamaZue akan membuka pendaftaran untuk tahun 2014 dari 10 Disember ke 25 Disember. Pendaftaran boleh dibuat secara temujanji di premis Taska di Seksyen 24. Sila hubungi 010-2162403 untuk membuat temujanji. Kekosongan untuk tahun 2014 adalah seperti berikut:

Bayi (0-12 bulan) -2 orangToddler (1-5 tahun) - 6 orang
Harap maklum bermula 1 Disember 2013 Taska Bondamama Zawanah akan dikenali dengan nama Taska MamaZue.

Taska MamaZue juga akan membuat perubahan dalam yuran bagi tahun 2014, berikutan penetapan gaji minima staf swasta 900 yang akan berkuatkuasa Januari tahun 2014. Sila rujuk dengan penyelia taska Pn Zue 010-2162403 untuk yuran 2014.

Mencari Pembantu Taska dan Guru bimbingan taska

Taska Zawanah sedang mencari Pembantu Taska, Makan minum dan penginapan disediakan di premis taska. berumur 18-30.
Guru bimbingan perlu memiliki pengalaman atau diploma Early Childhood dari mana2 pusat pengajian bertauliah.Makan minum dan penginapan disediakan di premis taska. berumur 18-30.

kepada yang berminat sila hubungi Zuraini 010-2261434
kerja kosong di seksyen 24 Shah alam

Taska dilengkapi CCTV

Taska kami telah dilengkapi CCTV sejak bulan Mei lalu, dengan CCTV kami harap keselamatan anak2 dan staf terjamin.

CCTV ini boleh dilayari melalui smartphone dengan aplikasi Meye. malangnya hubungan internet tidak memadai dengan P1-wimax yang slow dan reception yang tidak baik. Kami harap dapat memperbaiki connection internet ini dengan streamyx atau unifi. tapi kewangan masih belum mencukupi lagi. kalo dah ok tuan/puan penjaga dapat memantau keadaan anak dari smartphone.

ada yang nak sponsor ke? ;)




Makan Malam dan meeting dengan staf ;)

Jika ada kesempatan Taska akan buat dinner and meeting dengan staf sebulan skali di lokasi yang berbeza bagi mendapatkan input mengenai taska dan penambahbaikan yang diperlukan di taska. Mama Zuraini, Abah Ramdhan, Raniah Zawanah, Anis dan Ija telah selamat mentekedarah di Flaming Steamboat Sek33 Shah Alam. Fiza tidak dpt hadir sbb g dating katenyer

Terbaru di Taska Zawanah!

Taska Zawanah telah mendapatkan sebuah lagi alat pemainan baru untuk taska, memandangkan bilangan anak-anak yang makin ramai bagi mengelakkan perebutan dan kesesakan bila bermain kami tambah yang ada buaian ini.
Teacher akan memberi kelepasan untuk anak-anak bermain selepas pukul 5 dan dikawal selia oleh sekurang-kurangnya seorang staf.
Kami merancang untuk mendapatkan alat permainan besi yang lebih bersifat kekal dan tahan lama. Semoga dipermudahkan segala urusan untuk kebaikan anak-anak dan staf Taska Zawanah.


Gambar Taska BMKC Zawanah

Bina menara tinggi dengan blocks Imagination Discovery

Taska Zawanah memperkenalkan blok-blok kayu interaktif pelbagai guna dari Imagination Discovery. Ia mengandungi 75 blok warna warni yang tahan lasak dan selamat digunakan oleh kanak-kanak seawal 6 bulan ke atas. Saiznya yang besar memastikan anak kecil tidak akan tercekik atau tertelan.

Maskot kami Raniah Zawanah amat menyukai permainan ini, Raniah akan menyusun blok satu persatu tinggi-tinggi sehinggalah ia jatuh, dia akan gelak tepuk tangan dan mula membina semula menaranya

Kegunaan blok ini adalah untuk:
Kemahiran keseimbanganKemahiran mata dan tanganPengenalan warna, kuning merah oren hijau biru dan coklatPengenalan bentuk yang pelbagai, cube, rectangular, circle dan triangledan pelbagai penggunaan yang lain

Alat Bantuan Mengajar Grolier untuk anak-anak

Sukacita dimaklumkan BMKC Zawanah Seksyen 24 Shah Alam kini menggunakan alat bantuan mengajar dari Grolier yang terbukti dapat membantu anak anda dalam penguasaan Bahasa Inggeris, permainan minda dan membina minda yang kreatif dalam menyelesaikan masalah.Staf kami yang terlatih akan menayangkan dan mengajak anak-anak untuk turut serta dalam Magic English yang interaktif. Ia dapat membantu dalam penggunaan Bahasa Inggeris dari segi grammatical dan susunan ayat.

Antara Komponen Grolier di BMKC Zawanah

Magic EnglishFun ThinkersI Wonder WhyLogico

Anak seawal 2 tahun dapat memanfaatkan pendedahan Magic English melalui karekter Disney yang comel dan lagu-lagu yang ceria. Anak-anak diajak untuk turut serta dalam menyanyi dan menyebut perkataan dalam Magic English. Magic English ini mempunyai peringkat rendah sehingga tinggi sesuai dengan perkembangan anak-anak. Mempunyai CD interaktif dan buku yang mengandungi lagu dan gambar menarik.

Fun Thinkers adalah satu bentuk permainan minda yang bole…