Friday, March 1, 2013

Alat Bantuan Mengajar Grolier untuk anak-anak

http://grolier-asia.com/images/styles/default/images/logo-baby.png
Sukacita dimaklumkan BMKC Zawanah Seksyen 24 Shah Alam kini menggunakan alat bantuan mengajar dari Grolier yang terbukti dapat membantu anak anda dalam penguasaan Bahasa Inggeris, permainan minda dan membina minda yang kreatif dalam menyelesaikan masalah.Staf kami yang terlatih akan menayangkan dan mengajak anak-anak untuk turut serta dalam Magic English yang interaktif. Ia dapat membantu dalam penggunaan Bahasa Inggeris dari segi grammatical dan susunan ayat.

Antara Komponen Grolier di BMKC Zawanah

  1. Magic English
  2. Fun Thinkers
  3. I Wonder Why
  4. Logico


Anak seawal 2 tahun dapat memanfaatkan pendedahan Magic English melalui karekter Disney yang comel dan lagu-lagu yang ceria. Anak-anak diajak untuk turut serta dalam menyanyi dan menyebut perkataan dalam Magic English. Magic English ini mempunyai peringkat rendah sehingga tinggi sesuai dengan perkembangan anak-anak. Mempunyai CD interaktif dan buku yang mengandungi lagu dan gambar menarik.

Fun Thinkers adalah satu bentuk permainan minda yang boleh mebuatkan anak anda berfikir secara kreatif. Menggunakan frame nombor dan buku khas.